Thursday, 2 February 2012

SCAM Alert!

Perhatian kepada semua agent topup. Anda dinasihatkan supaya berhati-hati dengan orang yang tidak dikenali meminta anda menambah nilai nombor mereka mahupun ingin berdaftar dengan anda sebagai downline. Mereka ini memang licik menipu dan memperdaya mangsa khususnya agent topup. 


Sebagai langkah berjaga-jaga, anda perlu memastikan individu yang berurusan dengan anda itu telah melakukan transaksi dengan menyemak dengan pihak bank dan meminta bukti seperti resit untuk lebih kepastian.


Anda juga boleh menggunakan carian google terhadap nombor-nombor yang disyaki PENIPU atau SCAMMER kerana kebiasaannya nombor-nombor ini telah disenarai hitam oleh orang lain.


Modus Operandi pihak tidak bertanggungjawab ini ialah mereka akan menyatakan transaksi telah dilakukan dari bank yang berlainan dari bank operasi anda. Contohnya Bank Islam > BSN atau Bank Islam > Maybank. Umum mengetahui ia akan mengambil masa dan sudah pasti tiada rekod transaksi masuk ke akaun anda dalam masa terdekat. Kemudian mereka akan mendesak anda untuk mempercepatkan urusan dengan pelbagai alasan agar anda terpedaya. 


Kepada semua yang berurusan dengan Topup Agent 4U, SILA SIMPAN BUKTI TRANSAKSI bagi membezakan anda dengan penjenayah siber ini dan untuk memudahkan urusan.


Antara nombor-nombor BLACKLIST:

  1. 0148087536
  2. 0148421005
  3. 0199044422
  4. 0136420956
  5. 0199004527

(p/s: banyak lagi nombor...)

-Admin-

Wednesday, 25 January 2012

Selamat Datang ke Topup Agent 4U. Kami menyediakan pelbagai plan tambah nilai sesuai dengan situasi kewangan anda. Tidak kira pelajar, mahupun golongan yang bekerja, anda boleh menjalankan perniagaan ini sebagai sumber pendapatan sampingan.


Tambah nilai prepaid anda sendiri, semudah satu SMS! Anda juga boleh menggunakan Yahoo Messenger untuk lebih penjimatan. Server yang laju menjamin masa respond yang cepat, khususnya bagi pelanggan yang ingin menambah nilai dengan segera. Kod SMS yang ringkas memudahkan anda berurusan melalui SMS dikala anda jauh dari akses internet.


Sertai kami hari ini untuk penjimatan dan lebih keuntungan! =)