Sebagai langkah berjaga-jaga, anda perlu memastikan individu yang berurusan dengan anda itu telah melakukan transaksi dengan menyemak dengan pihak bank dan meminta bukti seperti resit untuk lebih kepastian.
Anda juga boleh menggunakan carian google terhadap nombor-nombor yang disyaki PENIPU atau SCAMMER kerana kebiasaannya nombor-nombor ini telah disenarai hitam oleh orang lain.
Modus Operandi pihak tidak bertanggungjawab ini ialah mereka akan menyatakan transaksi telah dilakukan dari bank yang berlainan dari bank operasi anda. Contohnya Bank Islam > BSN atau Bank Islam > Maybank. Umum mengetahui ia akan mengambil masa dan sudah pasti tiada rekod transaksi masuk ke akaun anda dalam masa terdekat. Kemudian mereka akan mendesak anda untuk mempercepatkan urusan dengan pelbagai alasan agar anda terpedaya.
Kepada semua yang berurusan dengan Topup Agent 4U, SILA SIMPAN BUKTI TRANSAKSI bagi membezakan anda dengan penjenayah siber ini dan untuk memudahkan urusan.
Antara nombor-nombor BLACKLIST:
- 0148087536
- 0148421005
- 0199044422
- 0136420956
- 0199004527
(p/s: banyak lagi nombor...)
-Admin-
No comments:
Post a Comment